CeramahIslam.com Centre telah bekerjasama dengan Pusat Pembelajaran Al-Hira’ (Al-Hira’ Training Centre) – Dengkil, Sepang, Selangor, Malaysia, di dalam penggunaan sistem Al-Hira’ untuk pembelajaran bacaan Al-Quran di pusat kami.
Hampir keseluruhan guru-guru kami telah menduduki latihan sebagai pengajar menggunakan buku Al-Hira’.
Secara ringkas, berikut adalah jalur pendidikan bacaan Al-Quran di CIC:
1. ASAS Mengaji – Modul 1 (Bahagian 1 Buku Al-Hira’) – 24 Jam
Modul ini akan bermula dari sebutan huruf-huruf hijaiyyah hinggalah ke latihan membaca kalimah & ayat-ayat Al-Quran yang pendek. Ini adalah peringkat yang paling asas. Modul ini digalakkan bagi mereka yang belum pernah membaca Al-Quran, atau yang pernah membacanya tetapi sudah lama meninggalkannya. Modul ini diadakan secara kelas. Namum di dalam pengajian, pelajar-pelajar akan membaca secara beramai-ramai serta secara perseorangan di hadapan guru supaya guru dapat memperbetulkan kesilapan bacaan setiap pelajar secara individu, di samping dapat memberikan perhatian lebih lepada pelajar-pelajar yang lemah. Pengajian ini akan menggunakan buku Al-Hira’ bahagian 1.
2. ASAS Mengaji – Modul 2 (Al-Fatihah & Juz 1) – 18 Jam
Setelah selesai Modul 1, para pelajar akan berlatih untuk membaca Al-Quran, bermula dari Surah Al-Fatihah hingga Juzuk 1, ayat 59-74 (bergantung kepada jumlah peserta dan kelancaran bacaan).
Di sini, pelajar-pelajar akan diajar untuk membaca Al-Quran secara bertajwid. Seperti di Modul 1 juga, modul ini akan diajar di dalam kelas secara beramai-ramai. Guru akan membahagi-bahagikan ayat-ayat tertentu kepada para pelajar pada setiap sesi lalu dibaca di hadapan guru, supaya guru dapat memperbetulkan kesilapan pelajar jikalau ada. Pada modul ini, pelajar TIDAK diajarkan teori hukum-hakam tajwid, akan tetapi diajar untuk membaca Al-Quran secara bertajwid dengan bacaan yang betul.
3. ASAS Mengaji – Modul 3 (Juz 1 + ASAS Tajwid) – 18 Jam
Modul ini adalah sambungan bagi Modul 2, di mana para pelajar akan menghalusi Surah Al-Baqarah dari ayat 60 atau 75, hingga akhir Juzuk 1.
Di samping itu, pelajaran ASAS Tajwid (teori) akan diperkenalkan juga. Pelajar-pelajar akan mempelajari ASAS teori tajwid, sambil memperhalusi sekali lagi bacaan Quran mereka. Contoh-contoh hukum-hakam tajwid akan diambil daripada ayat-ayat yang sama.
4. Talaqqi hingga Khatam
Modul ini adalah sambungan bagi Modul 3, di mana para pelajar akan menghalusi Surah Al-Baqarah dari awal Juzuk 2, hingga ayat 202.
Di samping itu, sambungan bagi pelajaran ASAS Tajwid (teori) akan diajarkan juga. Pelajar-pelajar akan mempelajari ASAS teori tajwid, sambil memperhalusi sekali lagi bacaan Quran mereka. Contoh-contoh hukum-hakam tajwid akan diambil daripada ayat-ayat yang sama.
5. Talaqqi hingga Khatam
Ini adalah Modul yang terakhir di mana para pelajar yang sudah mampu membaca Al-Quran dengan baik boleh memilih untuk bertalaqqi dengan guru secara perseorangan, dari Surah Al-Fatihah hingga khatam Quran.
Program-Program Sampingan
Di samping itu, CIC juga telah pun menawarkan program Menghalusi Bacaan untuk surah-surah yang tertentu, bagi mereka yang mampu membaca Al-Quran. Di antaranya adalah:
1) Kursus Menghalusi BACAAN Surah YaaSin
2) Kursus Menghalusi BACAAN Juz 30
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program-program kami, sila layari lelaman kami di sini, atau di FaceBook page page kami di sini.
Email: info@CeramahIslam.com
H/P: 9775-5552
Wassalam 🙂