Skip to content

– Penerapan Aqidah Di Dalam Kehidupan Seharian –

Aqidah Islam bermakna kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai Tuhan secara pasti dan tanpa keraguan. Aqidah merupakan risalah utama para Rasul yang diutuskan oleh Allah kepada umat manusia semuanya.

Semua para Rasul diperintahkan untuk menyeru kepada keimanan dan pengabdian kepada Allah yang Maha Esa dan Maha Berkuasa.

Ianya merupakan perkara pokok dan yang paling penting dalam Islam. Aqidah juga merupakan asas bagi pembinaan iman dan benteng yang kukuh bagi memelihara seorang Islam daripada unsur-unsur kepercayaan yang menyeleweng dan menyesatkan.

‘Kursus Asas Aqidah – Penerapan Di Dalam Kehidupan Seharian’ akan membincangkan perkara-perkara yang paling asas dan wajib diketahui oleh setiap orang Islam. Di samping itu, para peserta akan diajar juga cara-cara penerapan aqidah di dalam mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian. 

Secara umumnya, setiap manusia menempuh berbagai rintangan dan masalah di dalam dunia ini, seperti:

  • Masalah rumahtangga
  • Masalah anak-anak
  • Masalah kesihatan
  • Masalah kewangan
  • Masalah pergaulan dengan sesama manusia

dan lain-lain lagi..

Semua masalah di dalam dunia ini boleh diatasi dan dikawal melalui keimanan yang kukuh kepada Allah. Insha-Allah kursus ini akan dapat membantu seseorang untuk menguatkan keimanannya kepada Allah.


Sangat sesuai untuk sesiapa yang:

  • Baru ingin kembali kepada Islam, atau
  • Belum pernah belajar subjek aqidah/tauhid secara tersusun, atau
  • Ingin mengulangkaji bab Asas Aqidah,

dan lain-lain lagi..


Apa Yang Akan Dipelajari?

  • Asas Aqidah mengenai rukun Iman, rukun Islam, sifat-sifat Allah dan lain-lain lagi.
  • Cara penerapan aqidah di dalam kehidupan seharian kita – Setiap masalah yang kita hadapi di dunia ini boleh diatasi dengan asas keimanan yang kukuh terhadap Allah.

Maklum Balas Daripada Pelajar Yang Pernah Ikuti Kursus Ini

“Penerangan yang ustaz beri, jelas & padat. Isi pelajaran nye bagus, kemas & teratur. Penggunaan projector dlm class pun dapat dimanfaatkan kerana lebih jelas tentang hadis2 & isi kandungan Al-Qur’an.”

“Alhamdulillah saya banyak memperlajari dari ustaz atas kursus ni… ia memberi banyak manfaat dan undestand every details.Please adakan continuation of kursua adiqah.. Wanted to learn more.”

“alhamdulillah..topic yg disampaikan tepat dan senang utk difahami.tidak merunsing kan.syukur juga Ustadz dapat menjawab soalan2 yang diberikan dgn dalil dan hadith.”

“Saya memfahami asas aqidah dan penjelasan keterangan oleh Ustaz.”

“Bnyk informasi, pelajaran & ilmu yg saya dpt..ada yg kita terlepas pandang atau kurang faham dlm beberape perkara jga telah terjawab..semoga dpt dilanjutkan ke level yg seterusnya..in syaa Allah..terimakasih ustaz!”

“sangat memahami tentang syahadah, rukun Islam, rukun Iman, Sifat 20,”

“Penyampaian yg baik. Soal jawab yg jelas. Penyabar dalam penyampaian.”

“Very good. Ustaz is thorough in his explaination & makes sure we fully understand before he proceeds.”

“First of all, terima kasih kerana mengadakan kursus ini. Banyak yang telah saya pelajari. Cara Ustaz Zae’im mengajar sangat mudah untuk difahami. Alhamdulillaah. Dan beliau sangat berhati-hati dengan kata-katanya ketika mengajar. Syabas!”

“Al-Hadi Academy Tempat Yang Terbaik Untuk Pelajari Ilmu Agama Dari Ustadz Dan Ustazah. Penyampaian Nya Juga Jelas Senang Untuk Difahami. Pertanyaan Dari Pelajar2 Juga Dijawab Dengan Baik.”


TARIKH & MASA

** Sila Rujuk Pada Jadual Di Sini –> Klik Sini **

Keseluruhan kursus: 1.5 jam x 8 sesi= 12 jam


SYARAT KEMASUKAN

Dewasa – Lelaki & Wanita


BAHASA PERANTARAAN

Melayu

Sila Buat Pendaftaran Di Sini


Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam

Back To Top