— Kelas PERCUMA —
Surah Yaasin adalah salah satu surah yang sering dibaca oleh masyarakat Melayu Islam di nunsantara ini. Secara umumnya, umat Islam digalakkan untuk sering membaca Al-Quran. Oleh kerana Surah Yaasin adalah salah satu surah yang sering diamalkan, Al-Hadi Academy memberikan peluang untuk mereka yang berminat untuk turut serta di dalam kursus ini. TIADA BAYARAN dikenakan namun ‘Tabung Derma Bergerak’ akan dijalankan untuk membantu kami menyelia kos-kos operasi pusat kami yang tinggi setiap bulan.
Cara Kursus Dijalankan
Pada setiap kelas, pelajar-pelajar akan membaca bersama dengan panduan guru dengan bacaan secara bertajwid dari awal Surah tersebut. Setiap sesi akan dibaca dalam satu mukasurat.
Guru akan membaca lalu para pelajar ikut secara ramai-ramai. Guru juga akan memperbetulkan kesilapan-kesilapan yang biasa berlaku bagi setiap ayat, sambil tunjuk ajar mengenai cara bacaan yang betul dan tepat menurut hukum hakam tajwid.
Teori hukum-hakam tajwid tidak diberikan penekanan di dalam kursus ini.
*TIADA peruntukan bacaan bagi setiap pelajar secara persendirian untuk kursus ini. Maka para pelajar akan baca secara beramai-ramai.*
Tarikh, Waktu & Tempat
Sumbangan derma anda sangat dialu-alukan.. (Tabung Derma Bergerak dijalankan)
Sila Buat Pendaftaran Di Sini
Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552
Terima Kasih
Wassalam