Skip to content

Sesi Interaktif Bagi Mengupas Permasalahan Darah Haid, Istihadhah & Nifas

 

Antara permasalahan yang sering dihadapi oleh masyarakat Islam kita ialah permasalahan mengenai darah haid, istihadhah dan nifas. Ia adalah tajuk yang sangat penting dan wajib diberikan perhatian yang sangat teliti sebab ia bersangkut paut dengan masalah ibadah seharian.

Walaupun ianya adalah perkara yang dihadapi oleh wanita, namun sebagai suami atau ayah yang mempunyai isteri atau anak perempuan, adalah menjadi tanggungjawab bagi kaum lelaki untuk memastikan bahawa isteri dan anak-anak perempuan mereka mendapat pendidikan secukupnya di dalam agama, termasuk di dalam bab darah wanita.

Sebahagian golongan wanita mengambil sikap sambil lewa dan hanya “mengagak-agak” sahaja di menentukan waktu haid atau istihadhah mereka masing-masing. Sebahagian pula rasa malu untuk mempelajari bab ini.

Sehubungan itu, Al-Hadi Academy mengambil pendekatan untuk memudahkan golongan wanita & lelaki mempelajari bab yang amat penting ini.

Bagi para ibu, bapa dan suami yang meyakini bahawa isteri atau anak-anak perempuan mereka masih belum begitu faham dalam permasalahan ini, harap dapat menghantar mereka untuk mempelajari salah satu bab dari ilmu fardhu ‘ain.

Antara perkara-perkara yang akan dipelajari ialah:

  • Pengertian haid, istihadhah & nifas
  • Mengenali ciri-cirinya
  • Cara-cara untuk membezakan antara darah haid & istihadhah
  • Contoh-contoh perkiraan hari bagi menentukan jenis darah
  • Hukum-hakam yang terikat dengan darah tersebut
  • dan lain-lain lagi…

 

TEMPAT, HARI & WAKTU
** Sila Rujuk Pada Jadual Di Sini –> Klik Sini **


JANGKAMASA

4 sesi (seminggu sekali)


BAHASA PERANTARAAN

Melayu

 

 

Sila Buat Pendaftaran Di Sini 


Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam

Maklum Balas Pelajar-Pelajar Lepas

“Kursus yg sgt baik dan berguna utk kaum wanita. Tetapi buku yg diberikan kurang sesuai utk digunakan para remaja (ada soalan2 utk dewasa).”

– Kursus Fiqh Darah Wanita

“Was not provided with any print-outs so we have to write notes in a separate notebook. – Difficult to refer to the book given as the book is all question/issue based & topics per week does not follow the book sequence (topic jumping all over)”

– Kursus Fiqh Darah Wanita

“Alhamdulillah byk dpt pelajari. Asatizah dpt sampai kan dgn jelas. InsyaAllah akan ikot serta kursus2 yg akan dianjurkan. Harap dpt beri update atas kursus2 yg baharu.”

– Kursus Fiqh Darah Wanita

“Class is good. The recap sessions at the start of every lesson were helpful. Asatizahs were helpful and patient in answering our questions.”

– Kursus Fiqh Darah Wanita

“Kursus ini sangat menarik dan banyak dipelajari berkaitan dgn isu darah wanita.”

– Kursus Fiqh Darah Wanita

“Alhamdulillah mudah untuk faham. Banyak contoh diberikan dan penjelasan sangat detail.”

– Kursus Fiqh Darah Wanita
Back To Top