Latihan Membaca Surah Al-Fatihah & Surah-Surah Pilihan Daripada Juz 30
Setelah selesai Modul 1, para pelajar akan berlatih untuk membaca Al-Quran, bermula dari Surah Al-Fatihah hingga ke surah-surah pilihan daripada Juz 30.
Di sini, pelajar-pelajar akan diajar untuk membaca Al-Quran secara bertajwid. Seperti di Modul 1 juga, modul ini akan diajar di dalam kelas secara beramai-ramai. Guru akan membahagi-bahagikan ayat-ayat tertentu kepada para pelajar pada setiap sesi lalu dibaca di hadapan guru, supaya guru dapat memperbetulkan kesilapan pelajar jikalau ada.
Di dalam modul ini, pelajar TIDAK diajarkan teori hukum-hakam tajwid, akan tetapi diajar untuk membaca Al-Quran secara bertajwid dengan bacaan yang betul.
JANGKAMASA
1 Semester – 20 sesi (5 bulan) – Seminggu sekali
** Sijil penyertaan & penilaian akan diberikan apabila memenuhi syarat 75% kehadiran serta selesai pelunasan yuran pengajian.
BAHASA PERANTARAAN
Melayu
Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552
Terima Kasih
Wassalam