– Peringkat Asas Dari Pengenalan & Sebutan Huruf –
Islam sangat menganjurkan supaya setiap orang beriman sentiasa membaca, mengkaji dan mengamalkan Al-Quran di dalam kehidupan seharian.
Banyak fadhilat dan kelebihan yang disediakan bagi mereka yang sentiasa melakukan demikian. Antara fadhilat yang pernah disampaikan oleh Rasulullah ﷺ ialah (yang bermaksud):
“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)
“Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”. (Hadis Riwayat Bukhari)
“Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)
Kursus ASAS Mengaji – Modul 1
Kursus ASAS Mengaji – Modul 1 ini adalah untuk lelaki & wanita yang baru hendak mula baca Quran, atau dah lama tidak mengaji dan sudah hampir lupa sebutan huruf-huruf hijaiyyah.
InshaAllah para pelajar akan pelajari dari peringkat asas pengenalan huruf-huruf hijaiyyah, bacaan secara bertajwid dengan makhraj yang betul, hinggalah kepada latihan-latihan membaca ayat-ayat Al-Quran.
Antara topik-topik untuk Kursus ASAS Mengaji – Modul 1 yang akan diajar ialah:
- pengenalan huruf-huruf hijaiyyah,
- cara membaca huruf berbaris atas, depan dan bawah
- mengenal huruf bersambung dan cara sebutannya — ** Sangat Penting!**
- mengenal tanda-tanda yang memanjangkan bacaan
- mengenal dan cara membaca tanwin
- mengenal dan cara membaca huruf-huruf mati
- mengenal dan cara membaca huruf-huruf bertaysdid/sabdu
- mengenal dan cara membaca Alif Lam At-Ta’rif
- hukum membaca lafaz Al-Jalalah
- cara membaca Hamzatul Wasal
- cara berwaqaf
- cara membaca huruf-huruf muqatta’ah
- hukum nun mati dan tanwin
- hukum mim mati
Kursus ini akan menggunakan kaedah buku sistem Al-Hira’ dari Malaysia.
Kursus ASAS Mengaji – Modul 1 ini mengambil masa 16 sesi. Kebanyakan kelas kami ialah seminggu sekali, tetapi ada yang lebih kerap dari itu.
“Kaedah Al-Hira – 24 Jam Boleh Membaca Al-Quran”
- Telah dikaji dan diuji selama lebih 10 tahun (2005 – 2014)
- Lebih 1000 orang dewasa yang belum boleh membaca Al-Quran telah berjaya membaca Al-Quran sebelum 24 jam
- Lebih 10,000 pelajar yang buta huruf Al-Quran telah berjaya membaca Al-Quran dengan baik menggunakan kaedah Al-Hira’.
- Berbagai testimoni telah dijalankan samada kerajaan/Swasta telah berjaya
- Kaedah Al-Hira’ telah diajarkan kepada guru-guru kami di Al-Hadi Academy dan telah mendapat pengtauliahan mengajar menggunakan sistem Al-Hira’ ini.
Sekiranya para pelajar tekun belajar dan bersungguh-sungguh dengan latihan membaca (termasuk di rumah), inshaAllah pelajar boleh sekurang-kurangnya mampu membaca Al-Quran, walaupun dalam keadaan merangkak.
Bergantung kepada keupayaan pelajar masing-masing, ada yang mampu membaca Quran dengan lancar selepas jangkamasa tersebut. Namun semua ini bergantung kepada banyak faktor. Lain pelajar lain kebolehannya.
KURSUS
Kursus ASAS Mengaji – Modul 1 (1 Semester – 20 sesi / 5 bulan / Seminggu sekali)
UNTUK
Dewasa (15 tahun ke atas)
BAHASA PERANTARAAN
Melayu
Sila Buat Pendaftaran Di Sini
Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552
Terima Kasih
Wassalam