Skip to content

— Kelas PERCUMA —

Menjadi kebiasaan bagi setiap individu untuk membaca ayat- ayat suci Al-Quran atau hadis- hadis Nabi Muhammad ﷺ disaat hati dilanda kesedihan atau kekecewaan bagi memujuk diri dan memberi kekuatan. Adakalanya, kata kata hikmah juga membantu untuk memulihkan hati yang sedang sakit dan mendidik diri dengan sifat – sifat terpuji.

Salah satu contoh ialah kumpulan kata kata hikmah Imam Ibn ‘Athoillah رحمه الله yang sangat masyhur dan tidak asing lagi. Kata -Kata Hikmahnya meliputi bab Aqidah dan Tasawwuf, sangat sesuai untuk dibaca sepanjang bulan Ramadhan ini.
Walaupun hakikatnya pada zahir anggota nampak lemah tetapi apabila rohani dikuatkan dengan nasihat-nasihat dan peringatan dari untaian hikmah ini, anggota jasmani akan turut kembali cergas.

Untaian hikmah ini sangat istimewa kerana tidak semua orang yang diberikan oleh Allah kelebihan ini, sepertimana Allah telah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 269 :

” يُؤْتِي الحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ وَمَن يُؤْتَ الحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْراً كَثِيراً وَمَا يَذَّكَّرُ إلاَّ أُوْلُوا الأَلْبَابِ ”

“ Allah menganugerahkan al-Hikmah (kefahaman yang dalam tentang al-Qur’an dan as-Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahi al-Hikmah, dia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).” (Al-Baqarah: 269).

Di dalam kelas ini akan dikongsikan kata kata hikmah yang boleh dijadijan pengajaran dan nasihat. Yang mana ianya sangat berkait rapat dengan kehidupan harian kita ?

Tiada yuran pengajian dikenakan namun perlu berdaftar dan membayar untuk sekali bayaran sahaja bagi kos buku. Sumbangan derma ikhlas anda sangat-sangat dialu-alukan untuk membantu kami menampung kos penyelenggaraan pusat kami.

Pendaftaran adalah wajib disebabkan tempat yang terhad serta memudahkan pengurusan kami untuk memaklumkan kepada para peserta melalui SMS sekiranya tiada kelas pada hari tertentu.


Tempat Pengajaran
:

Al-Hadi Academy,
80 Changi Rd, Centropod@Changi,
#05-17 atau #03-06, Singapore 419715

Peta dan cara ke sana: www.alhadi.sg/location


PENDAFTARAN

Daftar secara online –> https://alhadi.academy/secure/signup/Untaian-Kata-Hikmah

atau ke pusat kami pada waktu pejabat (9am-6pm) di:

Al-Hadi Academy,
160 Changi Road, Hexacube,
#B1-02/03, Singapore 419728

Sumbangan ikhlas derma anda sangat dialu-alukan..

Pertanyaan?

Sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552


Sila Buat Pendaftaran Di Sini


Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam

Back To Top