Skip to content

— Kelas PERCUMA —

Al-Quran ialah sebaik-baik pendamping untuk semua lapisan umur. Ia memberikan ketenangan kepada pembacanya. Kalau yang membacanya boleh lembut hatinya sudah tentu yang mendalami maksudnya akan lebih lagi terkesan di hati.

Tidaklah Allah سبحانه وتعالى menurunkan Al-Quran kepada manusia melainkan agar mereka berusaha untuk memahaminya, memikirkan serta mengamalkan segala perintah yang terkandung di dalamnya. Sepertimana Allah سبحانه وتعالى telah berfirman di dalam surah Shad ayat 29;

“ Kitab (Al-Quran) yang kami turunkan kepadamu penuh dengan barakah agar mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan agar orang-orang yang berakal sehat mendapat pelajaran.”

Di dalam kelas ini, akan dikongsikan bersama pengajaran-pengajaran dan nasihat-nasihat yang terdapat di dalam surah-surah, yang boleh dijadikan teladan. Mentelah lagi, Surah –surah di dalam Juz 30 ini biasa dibaca di dalam solat mahupun di luar solat…Alangkah baiknya kalau dapat difahami apa yang dibaca selama ini.
Semoga kita diberi taufiq untuk menghayati dan memahami kalamNYA.


Tempat & Masa Pengajaran
:

Setiap Selasa,
Tarikh: Bermula dari 21th March 2017, 11.30am – 1pm

Guru: Ustazah Nur Suhailah Binte Watib

(*** 60 pax only! Registration compulsory. NO WALK-INs ***)

** TIADA Yuran, namun derma dialu-alukan bagi menampung kos operasi pusat kami.

Buku yang akan digunakan ialah “Pelita Hidup” karangan Al-Marhum Ustaz Syed Abdillah Al-Jufri.

Tiada penjualan buku tetapi buku ini boleh didapatkan di kedai kedai buku seperti Toko Warisan, Muslim Media.


PENDAFTARAN

Daftar secara online –> https://alhadi.academy/secure/signup/tafsir-juz-30

atau ke pusat kami pada waktu pejabat (9am-6pm) di:

Al-Hadi Academy,
160 Changi Road, Hexacube,
#B1-02/03, Singapore 419728

Sumbangan derma anda sangat dialu-alukan..

Sila Buat Pendaftaran Di Sini


Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam

Back To Top