Skip to content

— Ceramah PERCUMA —

Dalam setiap bulan-bulan Islam ada kisahnya yang tersendiri, mengandungi pelbagai pengajaran yang dapat kita contohi dan ambil iktibar dari kisah-kisah tersebut.

Antara bulan yang terunggul di mana terdapat beberapa kisah penting yang terjadi di dalamnya adalah bulan Ramadhan iaitu malam seribu bulan ,yang sangat dinanti-nantikan akan kehadirannya pada setiap tahun.

Amatlah perlu bagi setiap orang yang beriman untuk mengetahui akan kisah-kisah yang pernah terjadi sebelum ini,terutamanya yang berkait rapat dalam kehidupan kita.Sepertimana Allah telah berfirman:

فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ ﴿١٧٦﴾

“Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir”.

Dalam sesi ini akan diketengahkan beberapa peristiwa seperti ;

-Pembukaan kota Makkah
-Perang Badar
-Nuzul AlQuran
-Lailatul Qadar

In sya Allah dalam pertemuan ini akan dikongsikan bersama apakah pengajaran yang dapat diambil di sebalik kisah-kisah tersebut.

Sumbangan derma anda sangat dialu-alukan.. (Tabung Derma Bergerak dijalankan)

Sila Buat Pendaftaran Di Sini


Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam

Back To Top