Skip to content

Terdapat bermacam cara dalam mengabdikan diri dengan Sang Pencipta yang tidak pernah lalai apatah lagi berpaling dari hamba-hambanya, sentiasa memberi disaat waktu yang perlu, sama ada cepat ataupun lambat tergantung atas rahmatNya.

Sepertimana yang diketahui antaranya dengan melakukan solat fardhu merupakan cara yang paling indah dalam berdialog denganNya.

Ada beberapa solat-solat sunat yang dilazimi oleh Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam yang wajarnya diambil contoh serta dipraktikkan dalam kehidupan seharian, namun pada zaman ini ianya seakan dilupakan dan ditinggalkan.

Maksud Hadis:

Sesungguhnya Allâh Azza wa Jalla berfirman, ’Barangsiapa memusuhi wali-Ku, sungguh Aku mengiystiharkan perang kepadanya. Tidaklah hamba-Ku mendekat diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada hal-hal yang Aku wajibkan kepadanya. Hamba-Ku tidak henti-henti mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadah-ibadah sunat hingga Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, Aku menjadi pendengarannya yang ia gunakan untuk mendengar, menjadi penglihatannya yang ia gunakan untuk melihat, menjadi tangannya yang ia gunakan untuk berbuat, dan menjadi kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Jika ia meminta kepada-Ku, Aku pasti memberinya. Dan jika ia meminta perlindungan kepadaku, Aku pasti melindunginya. (HR Bukhari)

Antara solat-solat sunat yang akan dipelajari di dalam kursus ini ialah:

Solat Rawatib
Solat Dhuha
Solat Witir
Solat Tahajjud
Solat Hajat
Solat Istikharah
Solat Tasbih
Solat Taubat
Solat Istisqa’ (Minta Hujan)
Solat Gerhana
Solat Tarawih

 

JANGKAMASA
4 sesi


TARIKH & MASA
** Sila Rujuk Pada Jadual Di Sini –> Klik Sini **

Keseluruhan kursus: 1.5 jam x 4 sesi= 6 jam


SYARAT KEMASUKAN
Dewasa – Lelaki & Wanita


BAHASA PERANTARAAN

Melayu


Sila Buat Pendaftaran Di Sini


Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam

Back To Top