Skip to content

Kursus Fiqh Perkahwinan ini dikhususkan untuk dewasa lelaki dan wanita bagi melengkapkan peserta dengan ilmu-ilmu ASAS fardhu ain di dalam bab perkahwinan (munakahat), terutama bagi mereka yang akan mendirikan rumahtangga atau juga yang sudah berumahtangga.

Perkahwinan merupakan satu bentuk kepatuhan terhadap perintah Allah dan Rasul, serta jalan untuk mengikuti sunnah Rasulullah sollahu ‘alaihi wa sallam. Namun begitu, setiap pasangan suami isteri perlu mengetahui tanggungjawab masing-masing di dalam rumah tangga. Mereka juga perlu melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan jujur dan amanah bagi memperoleh kebahagiaan dan keharmonian di kehidupan berumah tangga.

Sangat sesuai untuk sesiapa yang:

  • Akan mendirikan rumahtangga
  • Sudah mendirikan rumahtangga, samada baru atau sudah lama.
  • Ingin mengulangkaji semula ilmu-ilmu yang berkaitan dengan hukum-hakam bab perkahwinan


Antara topik-topik yang akan dipelajari ialah:

  • Permasalahan Sebelum Perkahwinan
    • Mencari Jodoh
    • Konsep sekufu
    • Konsep kemampuan untuk mendirikan rumah tangga
    • Hal berkaitan dengan pertunangan
    • Hukum-hakam dan batasan sebelum perkahwinan
    • Isu-isu yang bersangkut-paut dengan persediaan sebelum perkahwinan
    • Cabaran-cabaran yang sering berlaku sebelum perkahwinan

dan lain-lain lagi

  • Pernikahan
    • Jenis-jenis pernikahaan
    • Wanita-wanita mahram
    • Rukun-rukun & syarat-syarat sah nikah
    • Majlis Walimah
    • Permasalahan Tentang Isu-isu Semasa

dan lain-lain lagi…

  • Permasalahan Selepas Perkahwinan 
    • Tanggungjawab suami & isteri
    • Talak dan Perceraian
    • Rujuk
    • Berinteraksi dengan isteri/suami orang lain
    • Nusyuz
    • ‘Iddah perceraian & kematian suami
    • Isu kewajiban nafkah
    • Tips & petua kebahagiaan rumah tangga

dan lain-lain lagi…


TARIKH & MASA
** Sila Rujuk Pada Jadual Di Sini –> Klik Sini **


SYARAT KEMASUKAN

Dewasa – Lelaki & Wanita


BAHASA PERANTARAAN

Melayu

 

 

Sila Buat Pendaftaran Di Sini


Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam

Back To Top