— Ceramah PERCUMA —
Ceramah ini adalah khusus bagi mereka yang ingin mencari jalan untuk bertaubat dan menuju ke hadrat ilahi.
Sesungguhnya Allah Maha Menerima Taubat hamba-hambaNya apabila mereka kembali kepada-Nya dengan penuh rendah diri dan ikhlas.
Namun begitu, banyak cabaran yang timbul untuk golongan sebegini. Antaranya ialah tidak tahu mana untuk mencari dan bertanya, disindir & diperli oleh sahabat handai, tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk bertaubat, tidak ada hala tuju dan bimbingan yang lengkap untuk memperbaiki diri selepas bertaubat, dan lain-lain lagi.
Ada juga yang beranggapan bahawa sudah tiada harapan taubat bagi diri mereka disebabkan dosa yang terlalu banyak dilakukan olehnya.
Adakah dakwaan ini benar?
Apakah cara-cara bertaubat dengan sebenar-benarnya?
Apakah langkah yang harus dilakukan selepas itu?
Apakah saya akan kehilangan kawan apabila ingin kembali ke jalan yang diredhai?
Apakah cara yang paling baik untuk menghilangkan rasa malu untuk berubah?
InshaAllah ceramah yang ringkas ini dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah tersebut.
Sumbangan derma anda sangat dialu-alukan.. (Tabung Derma Bergerak dijalankan)
Sila Buat Pendaftaran Di Sini
Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552
Terima Kasih
Wassalam