Tadarrus memberi maksud membaca Al-Quran dalam bentuk bersambung secara berkumpulan, ia juga adalah salah satu cara dimana ia dapat menaikkan semangat pembaca dalam mengkhatamkan Al-Quran bersama rakan-rakan seperjuangan.
Dalam bertadarrus juga adalah amat penting bagi pembaca untuk menjaga hukum-hukum tajwid sepanjang pembacaan itu dijalankan.
Dalam hadith ada menyebutkan :
(( مَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ ))
Maksudnya: Tidak berhimpun sekumpulan manusia disalah satu daripada rumah-rumah Allah سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى (Yakni Masjid) untuk membaca kitab Allahسُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى (Al-Quran) dan saling mempelajarinya sesama manusia (yakni bertadarus) melainkan akan turun ketenangan keatas mereka, mereka akan dilimpahi rahmat, para malaikat akan mengelilingi mereka dan Allah سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى menyebut nama mereka dihadapan malaikat–malaikat yang berada disisi-NYA .
Dalam sesi ini guru akan membaca bersama-sama diikuti dengan pelajar secara bersambungan.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini untuk sama-sama mengkhatamkan bacaan Al-Quran secara berkumpulan di dalam kelas sekaligus menjaga tajwidnya. Semoga sama-sama mendapat manfaat dan barakahNya Insya-Allah.
JANGKAMASA
3 semester (15 bulan) (Seminggu sekali)
(1 semester – 5 bulan: Januari-Mei / Julai-November)
SYARAT KEMASUKAN
– Mampu membaca Al-Quran dengan lancar, atau
– Lulus Kursus Asas Mengaji Modul 2
** Sijil penyertaan tadarus hingga khatam akan diberikan apabila memenuhi syarat 75% kehadiran serta selesai pelunasan yuran pengajian.
BAHASA PERANTARAAN
Melayu
Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552
Terima Kasih
Wassalam