Skip to content

Solat jenazah merupakan solat yang wajib dilakukan ke atas orang Islam yang telah meninggal dunia sebelum ia dikebumikan. Ia merupakan solat yang sangat ringkas, mengandungi empat takbir dan salam, tanpa ada rukuk dan sujud. Hukumnya ialah fardhu kifayah.

Namum berdasarkan pengamatan kami, walaupun ia adalah solat yang sangat mudah dilakukan, ia juga merupakan solat yang sering ditinggalkan oleh ramai orang di kalangan masyarakat kita.

Sebahagian besar juga yang masih tidak mengetahui cara-cara untuk melakukan solat jenazah ini.

Maka itu, Bengkel Solat Jenazah ini ditawarkan kepada orang umum untuk mempelajari tata-cara serta hukum-hakam yang berkaitan dengannya.

(Perhatian: Ini BUKAN kursus penyelenggaraan jezanah, tetapi hanya melibatkan solat jenazah sahaja)

Antara perkara-perkara yang akan dipelajari di dalam bengkel ini ialah:

  • Pengertian solat jenazah
  • Siapakah orang-orang yang lebih layak dan berhak untuk melakukan solat jenazah?
  • Rukun-rukun solat jenazah (Tanpanya, maka tidak sah solat jenazah)
  • Cara-cara solat jenazah (praktikal)
  • Syarat-syarat sah solat jenazah
  • Jenazah mestilah seorang Islam. Bagaimana pula jika tidak dapat dipastikan agama mayat tersebut? Bolehkah disolatkan juga?
  • Bagaimana pula dengan jenazah yang mati syahid? Perlukah disolatkan juga?
  • Bagaimana pula menentukan jenazah tersebut dikira mati syahid ataupun tidak?
  • Mayat bayi atau janin – Mati dalam kendungan atau selepas kelahiran –  Perlu disolatkan? Jikalau perlu, bagaimana hendak menentukannya?
  • Cara-cara makmum masbuk (makmum yang lambat masuk solat jenazah) menyempurnakan solat jenazah
  • Bilakah dibenarkan solat jenazah? Bolehkah solat jenazah pada waktu-waktu yang ditegah melakukan solat?
  • Hukum bagi wanita untuk solat jenazah
  • Solat jenazah ghaib. Pengertian, tatacara dan syarat-syaratnya

dan lain-lain lagi…

 


TARIKH & MASA
** Sila Rujuk Pada Jadual Di Sini –> Klik Sini **

Keseluruhan kursus: 1.5 jam x 1 sesi


SYARAT KEMASUKAN
Dewasa – Lelaki & Wanita


BAHASA PERANTARAAN

Melayu

 

 


Sila Buat Pendaftaran Di Sini


Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam

Back To Top