Skip to content

Bermula dengan CeramahIslam.com pada tahun 2004, tujuan ditubuhkan lelaman tersebut adalah semata-mata untuk menyahut seruan dakwah khususnya kepada masyarakat Islam di Singapura.

Pada tahun 2014, CeramahIslam.com bergerak sebagai syarikat yang berdaftar dan mula menganjurkan kursus-kursus dan kelas-kelas agama di beberapa buah masjid di Singapura.

Terdapat banyak kursus-kursus yang ditawarkan, di mana sebahagian adalah kursus-kursus yang beryuran dan banyak juga kursus-kursus yang ditawarkan secara percuma, khususnya kursus-kursus Fardhu ‘Ain. Pada tahun 2018, namanya telah bertukar kepada Al-Hadi Learning Centre.

Untuk menyahut cabaran yang sentiasa wujud berdasarkan kepada situasi di dunia ini yang tidak menentu, akhirnya kami rombak balik struktur organisasi ini untuk dapat bergerak dengan lebih efektif berdasarkan suasana dan keadaan zaman kini. Oleh itu, tertubuhkan Al-Hadi Academy Online Portal yang banyak menawarkan kursus-kursus secara online.

Oleh kerana kos operasi mengendalikan pusat ini amat tinggi, bantuan Tuan/Puan akan dapat membantu kerja dakwah ini untuk diteruskan, inshaAllah.


Pembelajaran Secara Percuma

Al-Hadi Academy Online Portal juga menawarkan pembelajaran secara online dan memberikan banyak kursus-kursus Fardhu ‘Ain yang wajib secara percuma demi meneruskan usaha menyampaikan dakwah, serta mengisi keperluan sebahagian masyarakat tidak berkemampuan untuk datang ke kelas agama.

Oleh itu, sokongan Tuan/Puan dalam usaha yang murni ini amat-amat dialu-alukan dan dengan itu, moga-moga Tuan/Puan mendapatkan pahala yang berterusan hasil daripada sedekah jariah yang diinfaqkan.

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu, Nabi ﷺ bersabda:

إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لِابْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan setelah dia mati adalah:

  • Ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan.
  • Anak soleh yang dia tinggalkan.
  • Mushaf al-Qur’an yang dia wariskan.
  • Masjid yang dibina.
  • Rumah bagi ibnu sabil (musafir yang terputus perjalanan) yang dia bina
  • Sungai yang dia alirkan.
  • Sedekah yang dia keluarkan dari harta ketika dia sihat dan hidup.
  • Semua itu akan dihubungkan dengannya setelah dia mati.”

Riwayat Ibn Majah (242), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (3174). Hadith ini disahihkan oleh Ibn Khuzaimah dan dihasankan oleh al-Munziri. (Dipetik daripada lelaman web Mufti Wilayah Persekutuan)

 

Setiap Sedekah Yang Ikhlas Adalah Bernilai & Bermanfaat Walau Kecil Pun Jumlahnya

Mulai tahun 2023, kami syorkan supaya Tuan/Puan melanggan (subscribe) kepada Al-Hadi Academy Online Portal Full Membership sebagai cara untuk membantu kami membiayai kos-kos pusat pengajian kami. Dengan cara ini, bukan sahaja Tuan/Puan telah membantu sebagai derma dan infaq, namun Tuan/Puan juga boleh manfaatkan isi kandungan Online Portal tersebut untuk diri sendiri dan ahli keluarga yang terdekat.

–> https://www.alhadi.tv

Semoga Allah membalas jasa baik Tuan/Puan dengan sedekah yang akan diberikan dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

Back To Top