Skip to content
Audio Dialog Dengan Jin
  Sebelum kita mendengar dialog di bawah ini, ada beberapa fakta dan maklumat yang sangat digalakkan untuk kita semua ketahui: Janganlah kita mendengar dialog ini hanya sekadar untuk bersuka-ria, sebaliknya ambillah beberapa manfaat dan iktibar daripadanya. Antara pengajaran yang boleh kita pelajari ialah: – Bukti kewujudan Jin dan makhluk halus – Bukti kewujudan ilmu sihir – Bukti kewujudan makhluk halus yang sentiasa mengganggu manusia. – Bukti bahawa salah satu kemu’jizatan Al-Quran ialah ia boleh dijadikan sebagai penawar dan rahmat Di dalam Al-Quran dan Sunnah, terdapat banyak ayat-ayat yang menerangkan tentang kewujudan jin, syaitan, iblis, roh dan ilmu sihir. Terdapat juga banyak dalil yang menunjukkan tentang merawat diri kita dengan ayat-ayat Al-Quran, dan doa-doa yang diajar oleh Nabi supaya melindungi diri kita dari kejahatan makhluk-makhluk-Nya, termasuklah gangguan jin, syaitan dan iblis. Di antara Surah-surah yang sering kita baca ialah Surah Al-Falaq dan An-Naas. Jika diteliti akan maksud dan tafsirannya, kita boleh dapati pengajaran mengenai meminta perlindungan Allah s.w.t dari kejahatan jin, manusia dan juga sihir. Saya belum sempat mengumpulkan dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadis untuk diletakkan di sini. Insya-Allah ianya akan diletakkan nanti. Dialog-dialog di bawah ini diambil dari ceramah-ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Jumadi Mustar di Auditorium Masjid Sultan, Singapura -2004. Di dalam ceramah-ceramah tersebut, pada sesi yang akhir, penganjur meminta supaya diadakan sesi rawatan terhadap mereka yang terkena gangguan di dalam diri mereka. Alhamdulillah, saya sempat merakamkan sesi tersebut supaya kita semua boleh ambil iktibar dari dialog itu. Persoalan Utama: Bagaimanakah Jin boleh berdialog dengan manusia?
Dalam cara rawatan Islam, perawat akan membacakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk. Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri. Maka timbul lah berbagai reaksi dari pesakit itu. Antaranya ialah pesakit akan rasa: – pening-pening kepala – mabuk – muntah-muntah – menggeletar – pengsan – seram-sejuk – berdebar-debar Sebahagian makhluk halus itu tidak tahan lalu terus meminjam lidah si pesakit untuk berkata-kata dengan si perawat. Biasanya, tujuan dia berkata ialah supaya dia dapat: – Marah si perawat dan menyuruhnya berhenti membaca Al-Quran – Menengking si perawat dan mencabarnya – Meraung kesakitan (eg: Aduuuh!! Sakitnya!!) – Meminta ampun dan minta supaya dia dilepaskan (Inilah yang kebanyakan berlaku) Ringkasnya, makhluk tersebut lah yang berkata-kata dengan menggunakan lidah si pesakit. Ini semua adalah sebahagian dari kehebatan dan kemu’jizatan Al-Quran.
“Dan Kami (Allah s.w.t) turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman” (Maksud Surah Al-Israa: 82)
(Secara kebetulan, kedua-dua dialog ini adalah dari jin yang sama kerana pesakit tersebut menghadiri kedua-dua seminar itu)
Dialog Pertama – Dipetik dari seminar ‘Cara-cara Memagar Diri dan Rumah dari Gangguan Jin dan Syaitan’ oleh Ustaz Jumadi Mustar (Auditorium Mjd Sultan, Singapura – 2004) (Bhg 1) (Bhg 2)
Dialog Kedua – Dipetik dari seminar ‘Kupasan Mengenai Ilmu Pengasih dan Sihir’ oleh Ustaz Jumadi Mustar (Auditorium Mjd Sultan, Singapura – April 2005) (Bhg 1) (Bhg 2)
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ilmu perubatan Islam, sila pergi ke halaman audio untuk mendengar ceramah-ceramah tersebut.
Nota: Untuk muat turun audio file ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk halus (atau yg lebih dikenali sebagai Ayat-ayat Ruqyah), sila gunakan link di bawah ini. Streaming: Click Here / Download: Right Click Here Urutan Ayat-Ayat Ruqyah
No Nama Surah Juzuk Ayat
1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-‘Araf 8 54-56
9 Al-‘Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jadual rawatan Ustaz Jumadi Mustar
Back To Top