Skip to content

Setiap orang pasti bercita-cita untuk mengkhatamkan bacaan Al-Quran sepenuhnya di hadapan guru. Mungkin ada di antara kita juga yang sudah berjaya membaca keseluruhannya tapi baru membacanya dengan riwayat Hafs sahaja
Oleh itu, Program ini memberi peluang kepada peserta untuk membaca Al-Quran dan mengambil sanad dari guru yang mempunyai silsilah bacaannya hingga kepada Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam.

Peserta perlu memulakan bacaan dengan qira’at Hafs dahulu sekiranya tiada ijazah sanad tersebut dari pengajian atau guru yang diiktiraf.

Program ini hanya terbuka kepada remaja dan dewasa. Ia akan dikendalikan secara perseorangan (1 to 1) bersama guru. Setiap peserta berpeluang membaca satu jam setiap sesi.

Syarat penyertaan bagi program ini adalah: setiap peserta sudah mampu membaca Al-Quran dengan lancar dan sangat baik. Pihak kami akan mengadakan ujian kemasukkan bagi sesiapa yang berminat, bagi yang lulus mereka dapat ikut serta dalam program ini.


TARIKH, TEMPAT & WAKTU
** Sila Rujuk Pada Jadual Di Sini –> Klik Sini **


JANGKAMASA

Tiada jangkamasa tetap. Sesi berterusan hingga khatam


SYARAT KEMASUKAN

– Mampu membaca Al-Quran dengan lancar & sangat baik dengan bertajwid, dan
– Memiliki ijazah sanad riwayat Hafs dari pusat pengajian atau guru yang diiktiraf (Pusat pengajian kami berhak untuk tidak menerima sebarang ijazah yang diragui kesahihannya)


** Sijil khatam Quran secara bersanad akan diberikan apabila selesai khatam keseluruhan Al-Quran dengan baik. Guru berhak menentukan samada pelajar layak mendapat sijil tersebut ataupun perlu ulang lagi seandainya bacaan tidak memuaskan **

 


BAHASA PERANTARAAN

Melayu


Sila Buat Pendaftaran Di Sini

 

Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam

Back To Top