Skip to content

Kursus ini adalah untuk lelaki & wanita dewasa. Para peserta akan mempelajari ilmu-ilmu asas yang wajib diketahui oleh setiap orang Islam yang mukallaf, iaitu ilmu Tauhid, Fiqih & Akhlak.


Sangat sesuai untuk sesiapa yang:

  • Baru ingin kembali kepada Islam dan mengamalkannya
  • Ingin mengulangkaji semula ilmu-ilmu yang berkaitan dengan fardhu’ ain (Tauhid, Fiqih & Akhlak) sebagai ‘Refresher Course’
  • Ingin mempelajarinya di dalam suasana pembelajaran yang interaktif dan berstruktur secara kelas


Apa yang akan dipelajari:

1) Asas Tauhid/Aqidah

  • Mengenal Allah & Rasul
  • Mengenal Munafik, Muysrik, Kafir & Murtad
  • Kepentingan Konsep Syahadah – Makna, konsep, fardhu & syarat sah
  • Menghayati Rukun Iman & Rukun Islam
  • Ketinggian Ihsan

dan lain-lain lagi…


2) Asas Fiqih

  • Bersuci (Toharoh) – Istinjak, mandi hadas, wuduk, darah wanita, menghilangkan najis dan lain-lain..
  • Solat – Syarat sah solat serta rukun-rukun solat, perkara yang membatalkan solat, dan lain-lain…
  • Puasa – Mengenali puasa wajib dan sunat, rukun dan syarat sah puasa, dan lain-lain lagi…
  • Zakat – Mengenali jenis-jenis zakat, siapa yang wajib keluarkan zakat, bila wajib zakat dan ke mana zakat disalurkan dan lain-lain lagi…
  • Haji/Umrah – Mengenalpasti golongan yang wajib atau belum wajib menunaikan haji, rukun & syarat-syarat sah.

3) Asas Akhlak

  • Sifat Mahmudah (Terpuji): Taubat, Takut akan Allah, Zuhud, Sabar, Syukur, Ikhlas & benar, Tawakal, Redha dengan Qadak Allah. Mengingati Mati, dan lain-lain lagi…
  • Sifat Mazmumah (Tercela): Gemar makan & minum, Banyak Bercakap, Marah, Hasad, Cinta Harta, Sombong, Riyak, Ujub dan lain-lain lagi…
  • Syariat dalam bermasyarakat: Adab bersahabat, berjiran, memberi salam dan bertanya khabar, dan lain-lain lagi…


TARIKH & MASA
** Sila Rujuk Pada Jadual Di Sini –> Klik Sini **


SYARAT KEMASUKAN

Dewasa – Lelaki & Wanita (18 tahun ke atas)


JANGKAMASA

10 bulan (Dipecahkan kepada dua semester: 5 bulan setiap semester)

atau

5 bulan intensif


BAHASA PERANTARAAN

Melayu

 

* Kelayakan mendapat sijil penyertaan ialah kehadiran kursus sekurang-kurangnya 70%, serta tertakluk pada syarat-syarat yang lain (seperti selesai pembayaran yuran & tidak melanggar peraturan-peraturan pusat pengajian)

Sila Buat Pendaftaran Di Sini


Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam

Back To Top