Rasulullah sollahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang bermaksud):
“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)
“Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”. (Hadis Riwayat Bukhari)
“Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)
Ciri-ciri Kelas
- Jumlah paling ramai setiap kelas ialah 6 orang sahaja (semi-privet).
- Kelas lelaki & wanita berasingan.
- Pelajar boleh memilih untuk menghalusi bacaan Al-Quran untuk surah tertentu atau bertalaqqi dari awal hingga khatam bersama dengan seorang guru.
- Bergantung kepada peringkat bacaan setiap individu, pelajar boleh memulakan dari Surah Al-Fatihah atau mana-mana surah yang diinginkan.
- Tidak diajar secara kelas serentak tetapi secara perseorangan (one-to-one). Sekiranya terdapat kesilapan bacaan, guru boleh memperbetulkan bacaan setiap individu, lalu pelajar boleh duduk kembali ke tempat masing-masing untuk latih membaca dan memperbetulkan bacaan yang tersilap.
- Pelajar yang sudah lancar membaca Al-Quran boleh juga bertalaqqi dari awal Fatihah hingga selesai khatam 30 Juz Quran.
- Penekanan ditumpukan kepada bacaan secara bertajwid; antaranya ialah sebutan makhraj huruf, panjang pendek harakat, dengung atau tiada dengung, dan lain-lain lagi.
- Teori hukum-hakam tajwid TIDAK akan diajarkan.
TARIKH, WAKTU & TEMPAT
** Sila Rujuk Pada Jadual Di Sini –> Klik Sini **
YURAN
– Yuran Kursus: $75/bulan (tidak termasuk kos lain seperti buku, jika ada)
JANGKAMASA
Berterusan (Seminggu sekali)
BAHASA PERANTARAAN
Melayu
SYARAT KEMASUKAN
– MESTI sudah mampu membaca Al-Quran atau sekurang-kurangnya mampu membaca huruf-huruf bersambung dengan lancar
Sila Buat Pendaftaran Di Sini
Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552
Terima Kasih
Wassalam