Skip to content

hafalan-surah
Dari Ibnu `Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang dalam hatinya tidak ada sesuatu apapun dari al-Quran (tidak ada sedikitpun dari ayat-ayat al-Quran yang dihafalnya), maka ia adalah seperti rumah yang kosong.”

(HR at-Turmudzi, katanya ia hasan sahih)

Kursus ini dipermudahkan untuk sesiapa yang berminat untuk menghafal surah-surah atau ayat-ayat lazim daripada Al-Quran, walaupun tidak begitu mahir di dalam pembacaan mushaf Al-Quran. Guru akan membantu dengan membacakan ayat-ayat Al-Quran, kemudian pelajar akan mendengar dan mengulanginya sehingga menghafalnya, inshaAllah. Hafalan akan diperdengarkan kepada guru dan sekiranya terdapat kesilapan bacaan, guru akan memperbetulkannya.

Tiada sukatan atau silibus tertentu bagi program ini. Semuanya bergantung kepada keselesaan dan kemahiran bacaan setiap pelajar sebelum hendak menentukan surah atau ayat yang mana ia ingin mula menghafal. Contoh ayat-ayat atau Surah-surah lazim yang boleh dihafal ialah:

  • Ayat Al-Kursi
  • 3 ayat terakhir Surah Al-Baqarah
  • Surah Yaasin
  • Surah Al-Kahf atau 10 ayat pertama dan terakhirnya
  • Surah Al-Waqi’ah
  • Surah As-Sajdah
  • Surah Al-Mulk
  • Surah-surah di Juz 30
  • dan lain-lain lagi…

Selain dari hafalan Surah Quran, peserta juga boleh menghafal doa-doa dan zikir-zikir pilihan dengan bimbingan guru. Amat sesuai untuk peserta wanita yang sedang uzur.

Umat Islam memang senantiasa digalakkan untuk berzikir sebanyak-banyaknya kepada Allah subhanahuwa Ta’ala. Banyak fadhilat dan kelebihan yang disediakan bagi mereka yang sentiasa melakukan demikian. Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan zikrullah (mengingat Allah Subhanahu Wata’ala). Ketahuilah, dengan zikrullah itu, hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d: Ayat 28)

“Dan laki-laki serta perempuanperempuan yang banyak berzikir mengingati Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar.” (Surah Al Ahzab: Ayat 35)

“Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah mengingati Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya pada waktu pagi dan petang.” (Surah Al-Ahzab: Ayat 41-42)

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadith yang bermaksud:

“Dari Anas bin Malik Radiallahuahu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Jika kamu melalui taman-taman syurga, maka singgahlah dengan senang. Para sahabat bertanya: Apakah taman-taman syurga itu? Baginda menjawab: halaqah-halaqah (kelompok) zikir.” (Riwayat Al Imam At-Termizi)


Apa Yang Akan Dipelajari

Para peserta akan mempelajari bacaan-bacaan zikir & doa pilihan bersama seorang Ustazah (one-to-one). Guru akan membimbing para peserta untuk membaca doa dan zikir tersebut dengan baik, di samping galakan untuk menghafalnya sekali. Setiap doa dan zikir disertakan sekali dengan makna dan fadhilatnya.

Seperti di dalam kelas pengajian hafalan Al-Quran, guru akan membantu semak bacaan dan hafalan doa dan zikir para peserta supaya dibaca dengan betul dan tepat. Di samping itu, para peserta akan diberikan panduan juga dalam bab akhlak dan adab-adab berdoa.

Para peserta akan membaca dengan betul (tidak secara langsung membiasakan lidah menyebut huruf-hurf hijaiyyah dengan betul dan tepat), serta memperdengarkan bacaan doa-doa dan zikir-zikir kepada guru.

Antara doa-doa dan zikir-zikir yang akan dipelajari dan dihafal ialah:

  • Zikir & Doa Umum
  • Doa bangun tidur
  • Zikir sejurus bangun tidur pada waktu tengah malam sebelum tahajud
  • Doa tahajud
  • Zikir selepas tasyahud akhir sebelum salam
  • Doa istikharah
  • Doa selepas mengambil wuduk
  • Doa selepas wuduk dan mandi
  • Doa memakai pakaian
  • Doa ketika membuka baju
  • Doa ketika keluar/memasuki rumah
  • Doa sebelum/selepas mamasuki/keluar tandas
  • Doa ketika menghadapi kesusahan dan urusan penting
  • Doa ketika dalam kesedihan
  • Doa ketika susah dan menghadapi situasi rumit
  • Doa ketika diganggu oleh syaitan
  • Doa ketika ditenggelami hutang
  • Doa dan zikir penawar ketika disengat ataupun dirasuk
  • Doa mendinding orang yang dikasihi daripada gangguan
  • Doa-doa mengubati sakit
  • Doa ketika berada di dalam majlis
  • Wirid-wirid selepas solat fardhu
  • Doa dan zikir Nabawi waktu pagi dan petang

dan lain-lain lagi….

Video Preview

 

TARIKH, WAKTU & TEMPAT
** Sila Rujuk Pada Jadual Di Sini –> Klik Sini **


YURAN
$60/bulan (tidak termasuk buku jika ada)


JANGKAMASA

Berterusan (kelas mingguan)


BAHASA PERANTARAAN

Melayu


PEMBIMBING

Ustazah Nur Suhailah Binte Watib Al-Hafizah

 

Sila Buat Pendaftaran Di Sini

 

Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam

Back To Top